BERSAMA MAT SABU

17 MAC 2012 (SABTU)
3.00- 5.30 petang
PEKAN CHANGKAT JERING,P059 BUKIT GANTANG
BERSAMA

TUAN HAJI MOHAMAD SABU

TIMBALAN PRESIDEN PAS->

Wednesday, March 14, 2012

CAP gesa kerajaan siasat pencemaran Sungai Sepetang

IPOH -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan dan pihak-pihak terbabit menyiasat dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah pencemaran Sungai Sepetang di Taping, Perak.


Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata, masalah pencemaran itu berpunca daripada projek ternakan udang berhampiran sungai itu yang selain memusnahkan hutan paya bakau dan mencemar air sungai berkenaan juga mengancam mata pencarian lebih 100 orang nelayan tempatan.


Kehidupan beberapa spesis burung termasuk pembiakan kelip-kelip yang terkenal di negara ini turut terancam dan semakin berkurangan kesan daripada sinaran cahaya lampu daripada kawasan kolam udang di situ, katanya dalam satu
kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.


Mohamed Idris berkata, beberapa aduan dibuat sebelum ini tiada memberi kesan tanpa sebarang tindakan pihak terbabit dan nelayan di situ mendakwa keadaan sudah berlarutan sejak 15 tahun yang lalu.


Tindakan pengusaha ternakan udang berkenaan membuang sisa kolam ke dalam sungai menyebabkan ikan dan udang yang menjadi sumber pendapatan utama nelayan semakin pupus dan berkurangan, katanya.


Menurut CAP, antara spesis ikan yang terancam ialah ikan sembilang, kerapu, jenahak dan ikan lumba-lumba. Mohamed Idris berkata nelayan di situ sebelum ini memperoleh pendapatan lebih RM70.00 sehari tetapi sekarang hanya RM20.00 sehari akibat pencemaran yang berlaku di sungai berkenaan.


Nelayan berkenaan, katanya, amat bimbang masa depan mereka kerana mendapati projek ternakan udang di sepanjang Sungai Sepetang itu semakin bertambah dan boleh memusnahkan hutan bakau dan jika dibiarkan akan mencetuskan pula ancaman ke atas alam sekitar, katanya.


Beliau meminta siasatan menyeluruh dilakulan oleh pihak kerajan dan ingin mengetahui sama ada kajian mengenai kesan alam sekitar (EIA) telah dibuat sebelum projek ternakan udang itu dilaksanakan. -- Bernama
»»  lagi.....

JOM KE SAMBUTAN 4 TAHUN PAKATAN RAKYAT PERAK

JOM KE SAMBUTAN 4 TAHUN PAKATAN RAKYAT PERAK

IPOH 9 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan ikrar PAS Perak untuk memastikan Pakatan Rakyat mendapat kembali kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

PAS Perak akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya negeri Perak, perkara ini sekaligus membuktikan kesediaan PAS Perak menggalas amanah dalam misi mengembalikan hak dan maruah rakyat negeri ini, jelas belau.


Pesuruhjaya PAS Perak itu dalam ucapannya menegaskan kepada seluruh jentera PAS Perak agar melakukan persedian mental, fizikal dan rohani berdepan pembubaran pembubaran parlimen yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang



"Kita kena yakin, kemenangan adalah kurnian Allah SWT, oleh itu hubungan kita dengan Allah SWT jangan sesekali retak, jangan sesekali putus"kata Ustaz Abu Bakar lagi.


“Namun apa yang lebih penting adalah tugas seluruh jentera PAS berdamping dengan setiap pengundi di semua peringkat”

"Seluruh jentera mestilah memberikan komitmen semaksima mungkin”

" PAS Perak sentiasa memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya"



"Kita kena terjemahkan supaya orang Melayu Islam khususnya, terus memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS dan masyarakat bukan Islam turut yakin dengan agenda perjuangan PAS yang jelas mahukan sebuah negara yang adil dan berkebajikan yang sememangnya dituntut dalam Islam," jelas beliau.


"Ayuh kita memberikan sumbangan, pengorbanan kepada perjuangan agama Allah ini untuk rakyat di negeri Perak ini," ujarnya lagi.

»»  lagi.....

Tuesday, March 13, 2012

Dewan Rakyat 13 Mac 2012 (Selasa)

Sidang parlimen sedang masuk hari kedua.Berikut merupakan soalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.Nombor yang tertera,nombol soalan mengikut peraturan dewan.


2. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kedudukan konsep Wasatiyyah di dalam dasar-dasar pemerintahan negara pada masa kini dan apakah pelan menyeluruh yang dirangka oleh pihak Kerajaan untuk melaksanakan konsep tersebut.


4. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan penangguhan pelaksanaan dan semakan semula Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), mengapa Kerajaan dari awal tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang berhubung pelaksanaan skim SBPA dan pendirian Kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.


6. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa Entry Point Programs (EPPs) yang merupakan projek kitar semula sebelum Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti projek-projek Karambunai Integrated Resort dan Tanjong Agas Industrial Park dimulakan dan bagaimanakah ini memberi kesan kepada dakwaan bahawa ETP mewakili “pendekatan baru yang berani” untuk pertumbuhan ekonomi.




8. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah definisi yang digunakan untuk membezakan syarikat teras dan bukan teras berhubung dasar pelupusan syarikat-syarikat bukan teras oleh Khazanah dan PNB memandangkan Khazanah dan PNB adalah entiti yang terlibat dalam pelaburan.





10. Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) berapakah gaji harian yang diberikan kepada guru sementara yang memegang Sijil UEC (Unified Examination Certificate) dan guru sementara yang memegang Sijil SPM; dan
(b) apakah puncanya masalah kekurangan guru yang masih tidak dapat diselesaikan dan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kementerian bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru ini dan bilakah akan dilaksanakan.



12. Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-
(a) dengan terperinci syarat-syarat yang dikenakan kepada syarikat telekomunikasi apabila memuat turun lagu di telefon bimbit supaya ianya memberikan pulangan yang seimbang kepada pihak penerbit dan juga tenaga kreatif; dan
(b) apakah satu tarif tetap yang lebih adil akan disyaratkan.


Soalan MP PAS yang disenaraikan:


32. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia.


33. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan masalah liputan WiFi, 3G dan telefon bimbit yang berlaku di sekitar Padang Terap dan usaha-usaha yang diambil untuk mengatasinya.


37. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jelaskan mengapa berlakunya penyelewengan akidah dan bertambahnya kes jenayah di kalangan belia hari ini adalah kerana ketidak berkesanan subjek pendidikan Islam dan Moral di sekolah yang di ajar sebagai satu pelajaran akademik, tidakkah pihak Kementerian berhasrat untuk mengkaji semula silabus subjek ini supaya unsur-unsur akidah dapat di terap melalui program amali, kem-kem ibadah dan interaksi dengan rumah-rumah ibadat (masjid dan surau) serta ulama tempatan untuk membentuk akidah dan tingkah laku pelajar yang terpuji.


54. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan yang dibina semenjak mantan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Samy Vellu yang menghubungkan Bandar Simpang Pulai di Perak ke Kuala Berang di Terengganu akan siap sepenuhnya.


58. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan penyelarasan yang dibuat dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam melatih guru-guru supaya ia selari dengan keperluan di Sekolah.

60. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan Malaysia terhadap apa yang berlaku di Syria pada masa ini serta apakah peranan Malaysia di dalam OIC dalam menghadapi kemelut di negara tersebut.


66. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapa ramai gadis terlanjur dalam jagaan rumah kebajikan dan sekolah harapan di seluruh negara dan berapa ramai yang telah berjaya dipulihkan sepenuhnya dari terus terlibat dengan aktiviti zina.


72. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah ciri-ciri utama Skim Insurans Kesihatan Nasional yang telah pun banyak dibicarakan dalam media perdana dan media baru, tetapi masih tidak diperjelaskan oleh pihak Kementerian. Sejauh manakah pandangan dan konsultasi berlaku dengan rakyat dan seluruh 'stakeholders' yang lain dalam merumuskan skima ini.
»»  lagi.....

Monday, March 12, 2012

Banjir Bukit Gantang:Nizar ucap terima kasih kepada Unit Amal.

10 Mac 2012 – Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang bersama anggota Jabatan Unit Amal telah kelokasi yang terjejas akibat dilanda banjir sejak semalam turut serta meredah banjir dimalam hari ialah YB Dato Seri Nizar. Kejadian banjir ini berlaku selepas hujan lebat turun melebihi 5 jam disini.

PAS Bukit Gantang telah menyumbangkan tenaga kerja kebajikan bagi meringankan beban mangsa banjir disini dengan kerjasama Unit Amal PAS Bukit Gantang yang telah bertungkus lumus memberi bantuan tenaga,makanan,membersihkan rumah,menyelamat dan sebagainya kepada mangsa sejak bermula kejadian banjir disini. Rata-rata penduduk disini berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Unit Amal PAS Bukit Gantang dengan bantuan iklas dari mereka.

Dalam lawatan YB Nizar di lokasi banjir ini didapati masih ada mangsa banjir yang tidak mahu pindah ke pusat pemidahan mangsa banjir yang disediakan,bagaimana pun masih terdapat 2 pusat pemindahan banjir yang masih beroperasi dan dihuni mangsa banjir . YB Nizar telah meredah air banjir di malam hari untuk melihat sendiri kejadian dan menyelami hati penduduk serta bertanya khabar kepada mangsa dilokasi disini.

Kejadian banjir kali ini dianggap paling buruk sejak 10 tahun menurut kata seorang penduduk disini. Mengikut maklumat dari penduduk lagi keadaan ini berlaku kerana benteng ( Ban ) Sungai Matang pecah kerana tidak mampu menampung air hujan yang lebat dan menyebabkan airnya melimpah keluar dan diburuk lagi dengan kejadian air laut pasang di sekitar Matang.

Gambar-gambar sekitar lawatan ke lokasi banjir Kuala Sepetang. (Matang Road dan Simpang Halt)
Pekan Simpang pada petang 9 mac 2012

DSN diberi taklimat mengenai kejadian dan lokasi banjir oleh Anggota Unit Amal turut serta Tn Hj Zainuddin dari Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang

Mangsa banjir ini mengalami kerugian harta benda berikutan ternakan ayam-nya telah musnah dan kenderaan-nya turut tidak dapat diselamatkan.

DSN sedang mendengar penerangan dari Pegawai Bomba dan Penyelamat mengenai operasi mereka dilokasi

DSN menyampaikan sumbangan makanan dan minuman dari Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang

Jalan utama Matang Road

DSN bertanya khabar kepada penduduk yang terperangkap dalam banjir.

Anggota Jabatan Unit Amal yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir

Musollah An Najah juga turut digenangi air

DSN bertanya khabar mangsa banjir di penempatan mangsa banjir di SK Ngah Ibrahim Jalan Matang

Pemimpin berjiwa rakyat

Taman Berkat menyediakan pusat penempatan mangsa banjir bagi penduduk Simpang Halt. Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang menyumbangkan keperluan makanan kepada mangsa.

DSN diberi taklimat oleh Pegawai JKM mengenai jumlah dan perlaksanaan di penempatan banjir di Taman Berkat. Turut sama ialah Tok Ketua Kampung Dew dan ketua Cawangan PAS Taman Berkat

YB Nizar prihatin dengan rakyat..

»»  lagi.....

Sunday, February 26, 2012

Nizar ziarah keluarga Nurul Ain Bt Mohd Saimon yang mati dibunuh.


24 FEBRUARI-- Bukit Gantang Perak telah dikejutkan dengan suatu berita yang menyayat hati dengan kes seorang pelajar perempuan SMK Dato'Wan Rashdi ,Jalan Trong,Taiping(Parlimen Bukit Gantang) mangsa adik Nurul Aien berumur 16 tahun disyaki dirogol sebelum dibunuh. Mengikut laporan polis pada hari berikutnya (25 Feb) 2 orang suspek telah diberkas untuk disiasat kes berkenaan.


25 Feb 2012 ~ Penulis bersama rombongan PAS Kawasan Bukit Gantang telah menziarah jenazah Allahyarhamah dirumah Tok Wan mangsa sebelum dibawa ke Masjid di Kg Batu 9,Jln Trong untuk di solat jenazah. Suasana pilu menyelubungi dikediaman Tok Wan mangsa yang dikunjungi oleh sanak saudara serta rakan sahabat yang mengenali Allahyarhamah.


Disini seorang bekas guru yang baru bersara menemui penulis dan meluahkan rasa terkilan kerana tiada wakil dari Pegawai Pelajaran Daerah datang menjenguk untuk menziarahi keluarga mangsa,sedangkan mangsa Allahyarham Adik Nurul Aien ini masih seorang pelajar di sebuah sekolah disini dan ibu mangsa seorang yang aktif dalam PIBG di sekolah tersebut. Manakala seperkara lagi ialah sikap YB Rosli Wakil Rakyat DUN Terong (UMNO) yang hanya hadir seketika saja pada malam kejadian dan tiada kelihatan hadir atau menghantar wakil semasa urusan solat jenazah dijalankan.


Berlainan dengan Dato' Seri Nizar yang berada di Pulau Pinang untuk suatu program disana telah bergegas ke Bukit Gantang dengan tujuan menziarahi keluarga mangsa disini. Sikap keperihatinan beliau memang diketahui oleh ramai penduduk di Parlimen Bukit Gantang ini. Dato Seri Nizar melahirkan rasa dukacita dan sedih dengan kejadian ini. Beliau berharap keluarga mangsa bersabar dengan ujian dari Allah ini.


Lensa penulis sempat merakam suasana berkaitan untuk tatapan bersama

YDP PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar yang sudah menziarahi keluarga mangsa semalam datang lagi hari ini.

Suasana pilu dengan permergian insan yang tersayang



Rakan sekolah SMK Dato'Wan Ahmad Rashdi ,BT 8,JLN Trong,redha dengan pemergian sahabat mereka.






Dato Seri mendengar cerita kejadian dari Tok Wan mangsa, Pak Musa.

Dato Seri Nizar memimpin tahlil di rumah Tok Wan Allahyarham Adik Nurul Ain

Dato Seri Nizar juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada Pak Musa,dato mangsa dibunuh.

Dato Seri Nizar menyampaikan salam takziah kepada ibu Adik Allahyarhamah Adik Nurul Ain. Beliau mendoakan dosa Nurul Ain diampun Allah s.w.t dan rohnya ditempatkan bersama orang beriman.

Al- Fathihah..
sumber

»»  lagi.....

Monday, February 20, 2012

Politik perkauman hanya merenggang perpaduan-DS Nizar

ALOR GAJAH, 20 Feb: Parti politik yang memperjuangkan perkauman sempit hanya akan memecah belahkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata ianya juga bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama malah bercanggah dengan tamadun manusia.



"PAS tidak pernah berjuang untuk kepentingan bangsa tetapi kita berjuang untuk menegakkan ketuanan Islam yang mana Islam akan menyelamatkan semua bangsa tidak kira Melayu, Cina dan India.


"Perjuangan perkauman sempit (hanya) akan merenggangkan perpaduan dan menyebabkan negara berada di jurang yang bahaya," katanya ketika berceramah di pekan Kuala Sungai Baru di sini malam semalam.



Menurut Nizar yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, politik perkauman itu bagaimanapun menjadi senjata BN khususnya Umno, MCA dan MIC untuk mendapatkan sokongan kaum masing-masing.

Katanya, Umno sering mendakwa kononnya orang Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah ekoran DAP akan menguasai pemerintahan negara dan akan membentuk negara republik.

"Bila bertemu orang Melaku mereka kata jangan sokong PAS nanti DAP akan menang dan perintah Malaysia, PAS kuda tunggangan DAP. MCA bertemu orang Cina (pula) dia kata, jangan sokong DAP kerana DAP kuda tunggangan PAS dan kalau PAS menang Malaysia jadi negara Islam"



"Jadi mana satu yang benar ini, sekali PAS kuda tunggangan DAP, pada masa lain kata DAP kuda tunggangan PAS," soal Nizar.



Cabar Umno



Dalam pada itu, bekas menteri besar Perak itu turut mencabar Umno menggunakan nama Melayu mereka 'Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu' dan bukan lagi nama Inggeris 'United Malays National Organisation' atau Umno.



Menurut Nizar, ianya penting jika benar Umno mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan sekaligus mahu memperjuangkan ketuanan Melayu.


"Orang Umno sendiri yang sudah berpuluh tahun menyertai Umno tidak tahu nama melayu Umno kerana pemimpin mereka tidak suka nama itu digunakan, kalau nama pun nama orang putih macam mana hendak diharapkan untuk memperjuangkan Melayu" katanya.



Ceramah malam semalam itu diadakan sempena program jelajah Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka.



Turut berceramah pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Melaka itu ialah Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bachang, Lim Jak Wong dan Penolong Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Melaka, Wahab Ibrahim.

»»  lagi.....

Friday, January 27, 2012

Nizar meraikan Tahun Baru Cina bersama penduduk DUN Changkat Jering

Pada 26 Jan 2012, PAS Kawasan Bukit Gantang telah menganjurkan sambutan Hari Raya Tahun Baru Cina. Sambutan pertama majlis tersebut diadakan di Taman Sungai Mas, Simpang Taiping (untuk DUN Changkat Jering ) mulai jam 3.00 petang. Kemudian pada jam 5.00 petang pula diadakan di Pekan Kuala Sapetang (untuk DUN Sapetang). Ramai masyarakat Cina telah hadir bersama-sama dimajlis tersebut. Pelbagai jamuan makanan dan minuman telah disediakan oleh pihak penganjur. Majlis tersebut diserikan juga dengan kehadiran kepimpinan yang terdiri dari Yang DiPertua Pas Kawasan Bukit Gantang AF Ust Nordin Jaafar, YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin selaku Ahli Parlimen dan juga isterinya YBhg Datin Seri Fatimah Taat, AF Ust Idris Hj Ahmad yang merupakan AJK Pas Pusat, YB Tai Sing Ng ADUN Kuala Sepetang, Pengarah-pengarah MTD, Saf-saf pimpinan disemua peringkat termasuk AJK Pas Kawasan, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat, ahli-ahli cawangan dan UPU-UPU, DHPP dan masyarakat setempat serta penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP dan Keadilan. Majlis dipengerusikan oleh AJK Badan Perhubungan PAS Perak Sdr Muhammad K.Y. Tiang.

Penerangan melalui ceramah dan ucapan dari pimpinan-pimpinan adalah menjuruskan kepada pengundi supaya merealisasikan kemenangan PR diperingkat DUN dan Parlimen agar kerakusan, kezaliman, keborosan dan penyelewangan pemerintah sekarang ini dapat diubah dalam PRU13 akan datang.Menolak pemerintahan yang kronisme dan mengamalkan perkauman.


Dibawah ini dinukilkan mengapa dan sebab kenapa Sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan pada saban tahun:


Berbetulan Tahun 2012 ini, Tahun Baru Imlek jatuh pada hari Isnin 23 Jan 2012 yang merupakan Tahun Baru Cina yang ke 2563 dengan Shio Naga Air.

Shio Naga Air ini melambangkan kekuatan, kebaikan, keberanian, pendirian teguh. Naga juga merupakan lambang kewaspadaan dan keamanan dari semua makhluk mitologi China dan makhluk yang tertinggi menjadi Raja semua haiwan di alam semesta ini.

Mitologi Tahun Baru Imlek adalah berdasarkan cerita rakyat dan legenda kuno. Tahun Baru China dirayakan kerana masyarakat China berjaya melawan seekor haiwan mitos yang disebut sebagai NIAN yang bermaksud TAHUN dalam bahasa China. Makhluk Nian selalu muncul pada hari pertama Tahun Baru dan kedatangan Nian adalah memusnah, membunuh dan memakan haiwan ternak, memakan hasil pertanian dan bahkan penduduk, terutama anak-anak.

Bagi usaha menyelamatkan dari serangan Nian ini, masyarakat kampung China akan menyediakan beberapa jenis makanan di hadapan pintu mereka pada hari pertama setiap tahun baru. Masyarakat percaya bahwa, jika Nian telah mengambil atau memakan makanan yang telah disediakan itu, maka Nian tidak akan lagi menyerang manusia atau penduduk kampung tersebut.
Suatu ketika, seorang penduduk telah menyaksikan seekor Nian dalam keadaan ketakutan dan lari jauh dari seorang kanak-kanak yang memakai pakaian berwarna merah. Melalui kejadian itu, maka penduduk kampung akhirnya tahu akan kelemahan atau kekurangan Nian iaitu takut pada warna merah.

Semenjak itu, setiap menjelang dan pada bila-bila pun sambutan Tahun Baru, penduduk akan menggantung lentera merah serta memasang tirai atau kain merah pada pintu dan jendela. Selain itu, masyarakat juga menggunakan mercun untuk menakuti Nian.

Sejak dari kejadian itu, Nian tidak pernah lagi muncul di kampung mereka. Tahun Baru Cina merupakan saat pertemuan seluruh anggota keluarga sekali dalam setahun. Anggota keluarga akan berkasih-sayang, saling bercerita dan mendengar pengalaman masing-masing dalam tahun tersebut. Perayaan ini menjadi sangat bermakna tatkala setiap anggota keluarga dan jiran tetangga saling menjalin kasih-sayang, saling bermaafan dan memulai lembaran baru (dengan pakaian baru).

Sesama masyarakat akan mengucapkan dengan makna “ SELAMAT DAN SEMOGA BANYAK REZEKI” :

Loghat ucapan akan dibaca berbeza-beza:

Dalam Bahasa Mandarin: “ GONG XI FACAI ”
Dalam Bahasa Kantonis: “ KUNG HEI FAT CHOI ”
Dalam Bahasa Hokkien: “ KIONG HI HUAT CAI ”
Dalam Bahasa Hakka: “ KIONG HI FAT CHOI ”
“ XINNIAN KUAILE " (新年快樂) bermakna SELAMAT TAHUN BARU
Tulisan Tionghua Sederhana : 恭喜发财 Tulisan Tradisional : 恭喜發財 semua bermaksud : “ SELAMAT DAN SEMOGA BANYAK REZEKI” :


Oleh itu (walaupun mitos atau cerita lagenda kuno) marilah sama-sama mengambil intipati dari cerita itu untuk menolak kerakusan " NAGA YANG JAHAT "(iaitu yang menjadi pemerintah sejak hampir 54 tahun yang lalu) dalam PRU13 ini.



Sdr Muhammad K.Y. Tiang sedang mempengerusikan Majlis disamping menterjemahkan ucapan-ucapan pimpinan

AF Ust Idris sedang menyampaikan ucapannya ...." Insyaallah, sekiranya PR menang dan memerintah kita akan hapuskan Tol, GST dan harga minyak akan diturunkan.....

AF Ust Nordin Jaafar sedang menyantuni hadirin dengan gaya yang tersendiri hingga mencuit hati DSNJ & isteri, Ust Idris, YB Tai dan hadirin yang datang


Pimpinan yang amat disukai dan dikagumi oleh seluruh masyarakat ..".Gongxi Facai "

YB Tai sedang berucap dalam bahasa Cina

Mesra, muafakat dan bekerjasama untuk menuju kemenangan

Gerai paling laris....Cendol
Datin Seri, Ust Idris dan YB Tai sedang menyampaikan Angpow dan limau kepada kanak-kanak

Sebahagian Muslimat yang sedang bersiap siaga untuk melakukan tugasan
Petugas dari Jabtan Unit Amal Kawasan yang sentiasa bertugas bagi menjayakan majlis disamping menjaga keselamatan
»»  lagi.....

Wednesday, January 25, 2012

Polis diminta siasat pengacau program ABU

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Sebuah NGO, Activist901 telah membuat laporan polis berkenaan insiden kekacaun yang berlaku sewaktu program 'Asal Bukan Umno' (ABU) dan Hindraf di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun tempoh hari.

Penyelaras Activist901, Azura Aziz menjelaskan sebagai sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan menentang keras perbuatan individu yang membuat kekecohan tersebut sambil melontarkan perkataan yang berbaur perkauman dan hasutan kepada kaum India yang berada di sana.



"Kami menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengenal pasti identiti sekumpulan individu yang telah membuat kekecohan tersebut kerana melalui bukti video dan jugak gambar yang ada.

"Individu tersebut telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang mengancam keselamatan kaum India yang berada di situ," jelasnya.

Tambahnya lagi, cacian yang dilemparkan oleh kumpulan tersebut jelas tidak mengambarkan semangat 1Malaysia jika ia dilakukan oleh pihak Umno.

"Kita tidak pasti apa motif sebenarnya mereka bertindak sedemikian sehinggakan berlaku kecederaan kepada orang awam.



"Sama ada ia bermotif politik ataupun bersifat iri hati, pihak polis harus bertindak segera kerana kita tidak mahu kejadian tersebut berulang lagi," sambungnya lagi.



Sebelum ini, dalam insiden tersebut, seorang belia kaum India telah tercedera kerana dan dimasukkan ke Hospital pakar Seri Sentosa, Klang.



Turut hadir semasa laporan polis itu adalah Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan juga Hindraf.



Laporan dibuat di IPD Dang Wangi tengah hari tadi.

»»  lagi.....

Sunday, January 8, 2012

PAS Pecat Hassan Ali

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS

»»  lagi.....
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template